Saya

Penulis muda tanah air yang sedang meningkat naik. Beliau menulis dalam pelbagai genre, kadang panjang kadang pendek. Catatan beliau dalam blog ini adalah catatan peribadi yang sesekali cuba menyentuh hal politik, ekonomi, sukan dan hiburan berdasarkan kepada situasi semasa tanah air.

Beliau boleh juga menterjemah dan telah terlibat dalam beberapa projek terjemahan bersama beberapa individu yang kuat dalam dunia terjemahan juga dalam beberapa projek terjemahan buku yang hebat. Pilihan bahasa terjemahan beliau ialah daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu (EN>MS)

Pada ketika beliau tidak menulis, masanya turut dibahagi-bahagikan dengan menjadi sukarelawan di sebuah Pasukan Bantuan Sukarela (VAD) yang memberi bantuan awal kecemasan (first aid) dan standby di mana-mana lokasi yang diminta. Beliau juga seorang jurulatih bertauliah dalam rawatan awal kecemasan dan boleh dihubungi untuk membuat kursus pendek dan latihan asas rawatan kecemasan.

Beliau gemar mengembara ke tempat dimana pelancong tidak akan singgah kerana katanya disitu ada sesuatu yang manusia tidak tahu. Beliau cenderung membaca dan menulis dimana-mana, jadi tidak hairanlah beliau selalu dianggap pelik dan sering mencipta dunia sendiri.

Karya beliau yang telah diterbitkan ialah Dayung Sudah Di Tangan (2010) diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Meniti Jalan Hadapan (2009) diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd dan Buat Duit Dengan MLM (2007) diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Beliau boleh di hubungi di norziati@gmail.com atau YM di ziati0311