Isnin, Mei 07, 2012

Ulasan Buku : Rothschild: Yahudi Kepercayaan Dajjal




Apa yang ceritakan dalam buku ini sangat menakutkan. Setiap ayat yang tertulis membuatkan mata tidak mampu berkelip. Dada berdebar-debar menanti fakta dibuka satu persatu. Tarikan nafas terasa tersekat-sekat bila ayat demi ayat sekadar membawa ke dimensi yang tidak pernah difikirkan. Masa seolah-olah terhenti bila mengetahui hidup kita ini rupanya telah dirancang. Sejarah rupanya satu dogengan. Segala-galanya adalah konspirasi! Jadi siapa kita sebenarnya?

Saya tidak tahu apa yang menarik perhatian saya ketika membeli buku ini sedangkan saya bukanlah seorang yang gemar membaca kisah dajjal. Dewasa ini banyak sekali buku berkaitan dajjal, illuminati, freemason, Yahudi, Yakjuj dan Makjuj, Iskandar Zulkarnain hatta tentang kiamat diterbitkan dan menjadi satu judul yang popular untuk di cetak dan di tulis. Tidak. Tidak ada satu pun buku bernuansa demikian saya beli. Malah membuat carian di internet pun saya tidak berminat. Saya menghadkan bacaan tentang tema berkenaan. Tetapi ia tidak menjadikan saya tidak tahu apa-apa tentangnya. Ia masih antara perkara yang berada di lingkungan bawah sedar.

Rothschild: Yahudi Kepercayaan Dajjal memberikan kepuasan maksima dalam menjenguk teori konspirasi yang sering di gembar gemburkan sebagai agenda Yahudi dan Amerika Syarikat. Bacalah, saya pasti tidak sepatah perkataan pun akan terlepas dari pandangan mata. Dengan hanya merujuk kepada salasilah keturunan Rothschild (disebut sebagai red shield, bahasa Jerman) - seorang lelaki biasa dari Jerman - telah menyebabkan satu demi satu pintu konspirasi di buka.

Katalah apa sahaja sejarah dan peristiwa di dunia ini, semuanya berakar dari Rosthchild dan konco-konconya. Merekalah tangan yang mengarahkan para pelakon di pentas dunia memainkan skrip dengan bijak dan penuh tipu helah. Perang Napoleon, Perang Dunia Pertama, keruntuhan khalifah Uthmaniyyah, pensekularisasi Mesir, penjajahan dunia, holocaust, Revolusi China, pemodenan Jepun, penubuhan Arab Saudi, pembentukan Israel dan Palestin semuanya di jalin menjadi satu cerita yang hebat. Seperti Jim Carrey dalam The Truman Show, semuanya telah siap di atur.

Strategi Rothschild mudah, iaitu memanipulasi wang menerusi sistem perbankan dan ekonomi. Apabila seseorang memerlukan wang, Rothschild datang menawarkan bantuan pada kadar bunga yang tinggi. Langkah ini sahaja sudah cukup untuk Rothschild memegang seseorang itu sehingga ke anak cucu cicitnya, mengakibatnya dia bergantung 100% kepada hutang sehinggalah bankrap dan tergadai semua harta. Inilah yang berlaku kepada khalifah Uthmaniyyah sehingga menjadikan semua negara dibawah naungan khalifah ini di jajah semasa perang dunia pertama dan juga Mesir yang mengalami kebankrapan akibat hutang yang berlipat kali ganda. Kita membicarakan sebuah negara yang muflis, bukannya syarikat. Jadi kesannya ialah kepada penduduk secara keseluruhan, yang seterusnya mengakibatkan negara tersebut berada sepenuhnya dibawah telunjuk Rothschild.

Satu perkara yang saya kagum ialah gaya penulisan Ibnuyaacob yang telus dan ringan, menjadikan bacaan lancar dan jelas. Semua fakta diceritakan dengan cermat tanpa mendatangkan keraguan terhadap kredibiliti penulis. Daripada gaya penulisannya, saya menganggarkan beliau seorang penulis yang berpengalaman.

Sebaik sahaja habis membaca, saya pasti anda sendiri pasti tertanya – jika semuanya di bawah rancangan Rothschild, maka apakah yang benar di dunia ini? Nampaknya kita perlu meragui semua orang di sekeliling kita; hatta ibu bapa, adik beradik, guru, saudara mara, kawan, kenalan FB, pengikut twitter, bos, rakan sekerja atau siapa sahaja.

Dan rupanya keraguan terhadap sekeliling itu juga merupakan ketakutan terhadap teori konspirasi yang di suntik dalam minda kita. Ah, ini semua konspirasi!

18 ulasan:

ASaL berkata...

Separuh jalan, juga tak sabar habiskan. Harap cuti yang lebih panjang.

:)

Cik Zati berkata...

berapa rm eh?kt mana nk dapatkan?sbb penah cari kt kdai buku tp xde la..

Cik Zati berkata...

brapa rm eh bku ni?n kt mana saudari beli?dh beberapa kedai sy cari bku ni, tp xde..

Kedai Sambung Nyawa berkata...

Mula-mula dulu ada juga saya minat membaca buku-buku tentang Dajjal, Yakjuj & Makjuj dan konspirasi lain.

Tapi minat saya semakin luntur apabila 'semua kejadian yang berlaku di dunia ini adalah kerja Yahudi & 'dajjal' mereka'

apixsaniji berkata...

.assalamualaikum.maaf saya ada pembetulan di sini.
.sebenarnya semua ini memang telah dirancang..tetapi kita sebagai seorang muslim harus kuat percaya bahawasanya terjadi atau tidak segala sesuatu itu atas kehendak ALLAH jua..jika ALLAH tidak membenarkan ia berlaku maka seteliti manapun rancangan yahudi laknatullah takkan pernah berjaya.
.ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)” [Al-Imran 54]

chinta hana berkata...

assalamualaikum..boleh sy tahu kat mane nak dpt buku ni??sy berminat nak thu isi kndungan bku ni,sbbnya,adik sy,budak sek.agama,dia yg brtahu sy tntg rothchild ni..sjk dpd tu,sy jd berminat..

Tanpa Nama berkata...

Dah beli dan baca sepenuhnya.memberi maklumat berguna perkembabgan dan konspirasi Yahudi sejak dulu hingga kini terutama di malaysia kini...rugi klu memilikinya

Tanpa Nama berkata...

saya dah baca separuh buku ini mmg seperti kata penulis menderbarkan, saya meminati subjet sejarah di sekolah sukar untuk percaya, lebih2 lagi sejarah malaysia dijajah british,tu belim lagi baca rahsia simbol yahudi simbol yang biasa kita lihat sekeliling kita.

Kulimboy berkata...

Nak order online buku ini bolehlah place order kat sini...

http://e-shop.muhdsyafiq.com/rothschild-yahudi-kepercayaan-dajjal.html

ahmad fares berkata...

Tangan kiri Dajjal ialah YAHUDI. Tangan kanan Dajjal ialah SYIAH. Sekarang ini...tangan kanannya yang sedang giat memainkan peranan. Bahkan lebih bahaya & licik dari tangan kirinya.

Tanpa Nama berkata...

Saya tgh baca buku ni. Ternyata umat Islam perlu tahu ttg kewujudan rothschild ni. Td member cari kat MPH buku ni dah kena banned. Almaklum lah owner dia kristian! Tp dah order kat kedai yg jual buku2 agama.

Tanpa Nama berkata...

Menarik. Dpt input bagaimana konspirasi tertubuhnya kerajaan arab saudi dan kesan penyebaran di tanah melayu.

Silbi Abigail berkata...

https://www.facebook.com/RothschildYahudiKepercayaanDajjalTeoriKonspirasi

Tanpa Nama berkata...

Baru singgah di kedai buku dan membeleknya..saya nak beli satu nampaknya...terima kasih atas ulasan ringkas atas buku ini.

uda berkata...

takde satupun tulisan dalam buku ni mengaitkan syiah dengan dajjal atau rothschild..yang ada adalah wahabbi bersekongkol dengan freemason dalam keruntuhan sistem khulafah islam..

Tanpa Nama berkata...

Kdai populer ade cba cri

raja dino shahbuddin raja mohd yunus berkata...

MPH owner kristian?? Biar betul

Zeck Cyber berkata...

Aku pi MPH bukit tinggi.. cari buku ni.. lebih kurang 3 jam aku godek2 x jumpa gak..pastu aku tanya pekerja MPH (lelaki) pasai buku ni. Dia kata x tahu (dgn muka blur2). Pastu aku sabar menanti sehingga lah ditakdirkan aku berjumpa dgn minah senior MPH yg bertanggungjawab mengorder judul2 buku department agama.. dia gtaw.. buku ni time launch sold out dalam masa 1 hari je.. bila buku dah habes. Dia wat order dlm kuantiti yg sama.. bila buku2 sampai. Judul ni x ada.. dia call syarikat yg bertanggungjawab, jawapan yg dia dpt. Buku ni x pernh dpt 2nd order.. dia try order lagi.. tapi still x dpt.. sehinggalah hari ini.. semua buku2 kospirasi karangan IBNUYAACOB x masuk dkt MPH.. wallahualam.. ingatlah.. mereka dibelakang tabir mengawal.. tapi ALLAH s.w.t lebih berkuasa.